Team D’Rico Ice Cream ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang ke website kami. D’Rico Ice Cream adalah produk aiskrim yang di usahakan oleh syarikat SUE QIERANA ENTERPRISE yang merupakan syarikat bumiputra yang mengeluarkan dan memasarkan produk aiskrim pelbagai rasa untuk memenuhi kehendak penduduk Malaysia. Syarikat kami merancang untuk membina kedudukan pasaran yang kukuh di Bandar dan juga di Luar Bandar. Syarikat kami menjalankan operasi sebagai sebuah syarikat pengeluar produk suci lagi Halal, Bersih, Berkualiti Dan Rasa Mewah.

D’Rico Ice Cream juga menawarkan perkhidmatan katering aiskrim kepada para pelanggan yang inginkan setiap majlis mereka lebih meriah dan ceria. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kelainan dari segi menu hidangan yang bakal di hidangkan untuk para tetamu di majlis anda.

D’Rico Ice Cream juga ada menawarkan kepada mereka di luar sana yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi wakil jualan syarikat kami. Mereka akan dibekalkan dengan produk aiskrim yang menetapi citarasa pelanggan. Dengan wujudnya sistem wakil jualan ini syarikat dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang berminat dalam bidang perniagaan.

Kepada anda yang ingin mengadakan Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Aqikah, Birthday Party, Rumah Terbuka, Hari Keluarga, Jamuan di pejabat ataupun anda ingin menaja desert di rumah-rumah anak yatim sangat-sangatlah dialu-alukan . Anda sangat osam kerana telah berjaya menghidangkan satu sajian pencuci mulut yang terbaik dan di sukai ramai. Aiskrim adalah salah satu pencuci mulut yang digemari di semua peringkat umur, tak kira usia dan tak kira bangsa…semuanya suka aiskrim….

Objektif Bagi D’Rico Ice Cream

1. D’Rico Ice Cream akan memenuhi permintaan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut citarasa serta kehendak pelanggan melalui perkhidmatan katering yang kami tawarkan.
2. Team D’Rico Ice Cream akan memberikan layanan yang terbaik kepada setiap pelanggan dan pengedar kami.
3.Team D’Rico Ice Cream menyediakan perkhidmatan dan komunikasi yang professional dalam perniagaan.
4.Team D’Rico Ice Cream ingin menjadi salah satu pengeluar utama aiskrim bagi memenuhi kepuasan pelanggan tempatan dan antarabangsa.
5.┬áTeam D’Rico Ice Cream sentiasa mengeluarkan produk yang memenuhi citarasa pelbagai peringkat umur dan sesuai mengikut citarasa setempat.

katering-aiskrim-catering-icecream-jamuan-majlis-perkahwinan-produk-muslim-pelanggan-meriah